I've noticed that ramai orang yg berdakwah di Laman Sosial yg sdg hangat lg pemes sekarang ne , as you know it is Facebook connecting people , hehehe . Bagus tuh maw kasi sedar org , bgi dorg insaf . Unfortunately , cara berdakwah tuh salah . Well , saia tdklah sealim mana pun . Tapi , saia curious dengan benda ne . So , saia surf Google to survey this familiar case . Betul lah apa yg apa yg dalam otak saia ne cakap . Many people on Fbuk spreads dakwah but cara dakwah tuh mgkn boleh dperbetulkan lagi . I guess so lah , cuma maw luah opinian seja bhaa .
Firman Allah sendiri mengatakan “Serulah manusia kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik Sesungguhnya TuhanMu yang lebih mengetahui mengenai siapa yang tersesat daripada jalanNya dan Dia yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk”.- [al-Nahl :125]. Drpd ayat di atas , terdapat tiga cara berdakwah yang boleh dilakukan. Pertama ,berdakwah secara berhikmah dan bijaksana dengan tutur bahasa yang lembut serta menarik berserta bukti yang jelas,kukuh dan boleh menghilangkan sebarang kesamaran dan keraguan. Kedua , serulah manusia dengan kata-kata yang mengandungi pengajaran seperti kisah umat terdahulu kerana dengan mengingati peristiwa yang menimpa umat terdahulu akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa mereka dari ingkar terhadap Allah. Ketiga , berdakwah melalui perbincangan,muzakarah dan dialog dalam suasana yang penuh kemesraan dan harmoni bukan menggunakan kata2 kesat dan keji kerana tujuan perbincangan adalah untuk menyampaikan kebenaran bukan mencari kemenangan. Para pendakwah tidak harus tergesa-gesa dalam menyampaikan dakwah mereka.Mereka harus mengkaji terlebih dahulu golongan sasar mereka kerana setiap golongan masyarakat yang berbeza memerlukan cara yang berlainan. Imam Ibnu Taimiyah pernah membahagikan manusia kepada tiga golongan. Pertama ,orang yang mudah menerima kebenaran dan terus mengikutinya.Inilah orang yang bijaksana. Kedua,orang yang mahu menerima kebenaran tetapi tidak mahu mengamalkan.Mereka perlulah sentiasa dinasihati sehingga mengamalkan. Ketiga,orang yang tidak mahu menerima kebenaran.Mereka perlu diajak berbincang dan berdialog secara yang paling baik.
Isi ne bukan my own words , just copypaste from blog seorang ustzh ne . So , sepa2 yg mw bdakwah tuh , make sure yg ko bt dengan cara yg betul . Thats all from me . XD
No comments:
Post a Comment